Friday, June 15, 2012

::Homestay Pilihan di Tanah Merah Kelantan::

Sempena " Tahun Melawat Kelantan 2012" tentunya ramai yang tercari-cari tempat penginapan yang serba lengkap dan berpatutan terutamanya yang datang melawat Kelantan negeri Cik Siti Wan Kembang. Sesuai untuk keluarga besar yang balik bercuti dikampung sempena Hari Raya, atau yang ingin menghantar anak ke universiti dan  menghadiri majlis perkahwinan , Sri Remah Damai Homestay pilihan yang tepat untuk menginap. 

Lokasinya yang terletak hanya 500meter dari Bandar Tanah Merah, Kelantan memudahkan segala urusan untuk ke bank, stesen pengangkutan awam (teksi,bas, keretapi), serta kemudahan kedai-kedai makan. Usah khuatir dengan bahan mentah untuk memasak, kerana ada deretan pelbagai kedai termasuk kedai 24jam dilaluan masuk ke Sri Remah Damai Homestay. Tidak salah mencuba Nasi Sumatera atau Nasi Paku yang menjadi sebutan, serta pelbagai pilihan kedai makan yang lain yang terdapat dilaluan masuk ke homestay.

Koordinat :  +5° 48' 58.74", +102° 9' 9.20" 

Antara kemudahan yang disediakan di Sri Remah Damai Homestay:-

1. 3 bilik tidur

 Master Bedroom (dilengkapi Kipas & Aircond)


Bilik kedua (Kipas Syiling)


 Bilik Ketiga (Kipas Syiling)

2. Dua Ruang Tamu


Ruang Tamu pertama 


Ruang tamu kedua untuk menonton TV dan bersantai

3. Kemudahan dapur dan peralatan memasak 

4. 2 Bilik Air

5. Mesin Basuh

6. Peti Sejuk

Kadar Sewaan hanya RM125.00/hari

Sri Remah Damai Homestay, Tanah Merah Kelantan yang baru beroperasi mengalu-alukan anda untuk menginap di sini, jadi sekiranya anda merancang untuk bercuti dikelantan jangan lepaskan peluang untuk menginap disini bagai dirumah sendiri. Jangan segan-segan untuk menghubungi Hj. Mat Deris : 019-9387352 untuk keterangan lanjut.